javaweb-discuss
[Top][All Lists]
Advanced

[Date Prev][Date Next][Thread Prev][Thread Next][Date Index][Thread Index]

[Javaweb-discuss] Salam ramadhan kawan yang buat umrah ramadhan nih....


From: Amasyura hassan
Subject: [Javaweb-discuss] Salam ramadhan kawan yang buat umrah ramadhan nih....
Date: Tue, 17 Oct 2006 22:36:38 +0800


  Salam Aidilfitri dari http://www.ymzone.net
 
 
 
 ---Forward----

   
 
  TERKINI

Dr Mahathir setuju bersemuka dengan Abdullah
LANGKAWI 17 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh terdekat bagi meredakan ketegangan hubungan antara kedua-dua tokoh itu.


Kumpulan mat rempit baling mercun pula ke arah balai polis
BUKIT MERTAJAM 17 Okt — Tidak berpuas hati dengan penahanan dua rakan mereka awal pagi semalam, dua pemuda yang menaiki sebuah motorsikal bertindak membaling sebiji mercun bola ke arah Balai Polis Kubang Semang, di sini malam tadi.


  MUKA HADAPAN

 'Jangan buat kacau' -- Amaran PM kepada pihak persoal isu ekuiti bumiputera
SUBANG 16 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak membuat kacau dengan mempersoalkan penguasaan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat.


800,000 pemandu rabun di jalan raya kita
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kira-kira lapan peratus daripada lebih 10 juta pemandu berdaftar di negara ini dikenal pasti tidak mempunyai tahap penglihatan yang baik.


  DALAM NEGERI

Anggota polis menyamar dalam bas ekspres
KUALA SELANGOR 16 Okt. – Polis akan menempatkan anggotanya dalam bas ekspres secara menyamar sepanjang 15 hari Ops Sikap XI yang bermula esok bagi memastikan ia mematuhi peraturan jalan raya.


Lihat anak bulan Syawal 22 Okt.
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa adalah pada petang Ahad ini iaitu 22 Oktober bersamaan 29 Ramadan 1427 Hijrah.


  POLITIK

Gerakan diingat henti persoal ekuiti bumiputera
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Para pemimpin politik mengingatkan Gerakan berhenti mempersoalkan penguasaan bumiputera dalam ekuiti ekonomi negara sehingga boleh menimbulkan pandangan serong antara kaum.


Tindakan boleh cetus prasangka antara kaum
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Tindakan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang mempersoalkan pegangan ekuiti mengikut kaum disifatkan sebagai 'menyimbah minyak ke atas api yang merebak dalam sekam'.


  LUAR NEGARA

Dialog dihidupkan semula -- Usaha baiki hubungan masyarakat selatan Thailand
BANGKOK 16 Okt. – Kerajaan Thailand akan memulihkan semula satu forum dalam usaha memperbaiki hubungan dengan masyarakat Islam di selatan negara ini.


 Hawaii dilanda gempa terkuat
LOS ANGELES 16 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter, kejadian paling teruk dalam dua dekad, mengejutkan penduduk Hawaii semalam, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tingkap pecah namun pegawai dengan segera menyatakan bahawa tiada kejadian tsunami.


  EKONOMI

Kadar faedah kekal – Gabenor
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melihat sebarang keperluan untuk menurunkan kadar faedah kerana permintaan pengguna masih meningkat.


Kayu Sarawak catat prestasi baik
SIBU 16 Okt. – Separuh tahun pertama tahun ini mencatatkan prestasi yang baik dari segi harga eksport kayu lapis, kayu bergergaji, venir, papan partikel dan produk lain dari Sarawak.


  SUKAN

Selamatkan Olimpik 2012
KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi sepakat menyifatkan Sukan Olimpik 2012 yang dijadualkan pada bulan Ramadan, masih boleh dipinda demi menjaga sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.


 Ah Thiam sasar 10 jam
KUALA LUMPUR – Atlet triatlon negara, Wong Ah Thiam meletakkan sasaran mencatat masa di bawah 10 jam pada Kejohanan Ironman Dunia 2006 yang berlangsung di Kona, Hawaii 21 Oktober ini.


  BICARA AGAMA

Puasa dan umrah rasai suasana berbeza di Mekah
APABILA tiba bulan Ramadan, para jemaah seluruh dunia mengambil kesempatan mengerjakan ibadah umrah di bulan yang penuh keberkatan ini. Walaupun, jemaah lebih ramai berbanding bulan-bulan biasa dan keadaan cuaca panas, ini semua tidak menghalang mereka untuk menyempurnakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.


Umrah Ramadan ganjaran sama tunai haji
MELAKSANAKAN ibadah haji adalah satu kewajipan yang difardukan oleh Allah s.w.t. manakala umrah adalah sunat. Ramadan yang merupakan bulan penuh keberkatan dan kemuliaan, memberi peluang kepada umat Islam untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Justeru itu, ramai yang mengambil kesempatan mengerjakan umrah semasa Ramadan bagi memperoleh nikmat beramal ibadat di Tanah Suci Mekah.


  HIBURAN

 Maria cemburu kemesraan anak dan suami
BILA melihat rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3 setiap Rabu 9 malam, tidak boleh tidak kita pasti akan bercakap tentang hosnya, Maria Tunku Sabri, 35.


M. Nasir harapkan tuah Mawi dalam Aduh Saliha?
RAMAI orang sudah tahu bahawa Mawi akan terjun ke dunia lakonan tidak lama lagi menerusi filem Aduh Saliha. Mawi dikatakan menerima tawaran itu kerana mahu mengembangkan sayapnya dalam bidang seni selain permintaan daripada para peminat yang teringin melihat kemunculannya di layar perak.


   
 

 
 
 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi kuasa mendenda pihak yang didapati bersalah mencemar bahasa kebangsaan tidak lama lagi. Kabinet bersetuju supaya "pencemar bahasa kebangsaan" itu didenda RM1,000.
Pada pendapat saya: 

 Langkah itu memang betul, tepat pada masanya. 

 Denda RM1,000 terlalu sedikit, tidak berkesan. 

 Perlu diperluas ke aspek lain, seperti media. 

 DBP tidak mampu menguatkuasakan keputusan itu. 

 Ia tidak benar-benar mendaulat Bahasa Malaysia. 
Keputusan
 
 

 

 
 
http://www.ymzone.net


 

 

 


 


 


reply via email to

[Prev in Thread] Current Thread [Next in Thread]